Program KBD (Tayangan Video Oversharing), Advokasi (Tayangan Video E-waste), Pengenalan Asas Komputer(Komponen Komputer) dan Kelas Microsoft Office Word Siri ll
27 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2017 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak, Advokasi dan Bengkel ICT (Microsoft Office Word) bersama murid SK Abg Buyuk Jerijeh dan Abang Gesa Belawai. Seramai 12 orang murid telah menyertai program ini. PI Jerijeh mengambil peluang ini untuk memberi taklimat tentang KDB dan Advokasi untuk memberi infomasi cara menggunakan internet dengan betul. Selain itu dapat memberi pendedahan awal kepada murid sekolah tentang pengtingnya penggunaan media digital pada masa kini. Kanak-kanak seharusnya diberi pendedahan awal mengenai peralatan komputer dan elektronik sebagai pengetahuan mereka untuk masa mendatang. Kelas Microsoft Office Word diajar kepada murid iaitu sambungan kepada pembelajaran tempoh hari.
Pada program ini, taklimat mengenai Klik Dengan Bijak (Oversharing) diselitkan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya perkongsian maklumat diri secara berlebihan. Sehubungan itu, taklimat Advokasi (E-Waste) dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan cara pelupusan peralatan elektronik dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: